Saturday, November 21, 2009
21st Nov 2009
Hari ini b'day Arsyad yg ke 7thn. Tak dpt merayakan nya. kerana hari ini aku ada pertemuan dgn ustazah Faiz dan ada undangan pertunangan. Anak kpd teman sekolah aku. Mudah2an semuanya berjln dgn lancar.
Beberapa hari ini aku rasa ada sesuatu yg kurang menyenangkan. Aku tak tahu apa??? tetapi yg aku harapkan jauhi lah hati ini dari memikirkan perkara2 yg buruk. Memandangkan hari raya haji just around the corner, ramai insan2 membuat korban, ibarat mensucikan diri. aku juga berharap aku dpt mensucikan hati ini dari sangkaan yg buruk2. Aku tak mahu menjadi insan yg berfikiran negatif pd insan2 disekelilingku. Kita tak tahu apa yg ada dibenak mereka, apa yg tersirat dan tersurat di hati mereka. Dendam, kesedaran atau keinsafan atau apasaja yg ada pd mereka biarkan lah. Yg penting jauhi diri ini dari sifat2 yg mendatangkan kemudaratan dan kerugian pd diri kita. Kita harus ingat setiap insan mempunyai kelemahan disebalik kehebatan mereka. Tiada yg sempurna kecuali Allah SWT. Aku tak mahu menjadi insan yg tak punya pelajaran atau jauh lagi beriman. Yg penting hati ini tenteram tanpa hasad dengki atau dendam yg berpanjangan. Kerana dendam akan membuat kita muflis diakhirat nanti. Nau'zubillah hi min zalik.
Jambu Published at 7:32 AM