Wednesday, August 26, 2009
4hb Ramadhan 1430
Kepergian seorang teman lama,Salim ( Noh Asmawi)kerahmatullah. Membuat diri ini sedar betapa rapohnya hidup ini. Bila kita kenangkan betapa ramainya insan2 yg usianya maseh muda telah kembali kerahmatullah.Sedang aku menaip ini aku di kejutkan lagi dgn kepergian mak sanah org yg banyak membantuku tatkala aku mengandongkan anak ku yg pertama.
Jambu Published at 6:47 PM
Tuesday, August 18, 2009
18th. august 2009
Aku tak tahu kenapa beberapa hari kebelakangan ini. aku sering gugup. Mungkin kerana terlalu penat dgn kerja seharian.Aku benar2 berharap kesihatan aku tidak terganggu memandangkan Ramadhan bakal menjelang.Hanya pada Mu lah ya Allah aku memohon agar kesihatan terus mantap dan tidak akan mengganggu ibadah Ramadhan aku nanti.
Jambu Published at 8:42 AM
Monday, August 17, 2009
17th August 2009
Ramadhan bakal kunjung. Hanya tinggal beberapa hari lagi. Mudah2an kesihatan aku setabil dan dpt menunaikan ibadah Ramadhan dgn sempurna, begitu juga hendaknya dengan suami dan anak2 aku. Tidak lupa juga emakku tersayang. serta kaum keluargaku yg lain.
Esok kalau tak ada aral aku akan keJB.,dgan Usu dan Samsiah. Bukan nak berbelanja cuma jengok2 "window shopping". Sekarang kenalah berhati2 dengan benda yg bernama wang. Banyak mcm mana pon tak pernahnya cukop.
Jambu Published at 10:03 AM
Tuesday, August 11, 2009
11hb Ogos 2009
Hari kebangsaan baru berlalu. Kemeriahannya tak dpt dirasakan, selalunya bila hari kebangsaan kita akan berkumpul dirmh ibuku, kerana biarpon kami tak dpt menyaksikan perbarisan atau acara2 yg diadakan diStadium Negara tetapi kami dpt menyaksikan pancaran bunga api yg begitu gah sekali.Kini hanya dpt menonton diTV saja. Walau bagaimana pon Dirgahayu Singapura Mudah2an kemakmoran dinegara ini akan kekal dan dpt mengatasi apa jua rintangan yg negara alami. Yg penting ekonomi negara ni mantap.
Jambu Published at 8:54 AM